Nak masuk produk ke Indonesia, tapi susah nak lulus BPOM. Apakah sebabnya?

1. Hanya syarikat tempatan (Indonesia) boleh daftar produk dengan BPOM. Jika ada konsultan/ejen kata boleh tolong daftarkan atas nama syarikat anda sendiri (syarikat Malaysia), maka itu adalah satu penipuan.

2. Produk yang ingin mendapat kelulusan BPOM wajib dibuat di kilang berstatus GMP dan mempunyai sijil halal.

3. Formulasi produk mestilah mengikut piawaian BPOM. Menggunakan bahasa Indonesia yang difahami mereka, bahan² yang dikenali, sukatan mengikut garis panduannya & tiada bahan terlarang. Jika bahan yang digunakan tidak difahami oleh mereka, tiada kajian di sana, maka besar kemungkinan pendaftaran itu gagal.

4. Cara apply BPOM bukan dengan hantar produk sediada dengan packaging sediada kemudian mengharapkan BPOM luluskan atau berikan ulasan apa patut diubahsuai. Jika gagal, dan ulang langkah yang sama, maka anda hanya akan membakar duit semata tanpa mendapat kelulusan selamanya. Ini cara yang salah. Sebaliknya ubahsuai dahulu produk supaya sesuai dengan kehendak BPOM, barulah buat permohonan.

5. Pemohon (syarikat Indonesia) mestilah mendapat surat kebenaran dari pemilik asal produk dengan menyediakan surat rasmi perlantikan. BPOM tidak akan luluskan mana² produk yang didaftarkan oleh pemohon jika produk itu bukan miliknya atau tiada bukti pemilik asal membenarkan pemohon mendaftarkan produk tersebut.

6. CFS – Certificate Of Free Sale. Ini adalah surat pengesahan bahawa produk tersebut dibenarkan untuk dijual dalam Malaysia oleh KKM. Surat ini tidak wajib dimohon jika produk hanya dijual dalam negara, namun ia wajib dimohon apabila mahu eksport. Ini sebagai bukti produk itu sah dipasarkan secara terbuka dalam negaranya.

7. Gudang penyimpanan produk. Untuk mendapat kelulusan BPOM, mereka akan menilai gudang tempat produk itu disimpan. Gudang ini mestilah sama dengan alamat yang tertera pada produk tersebut. Dan gudang ini perlu diaudit dan dinilai oleh pihak BPOM sendiri. Mereka akan datang ke gudang untuk membuat semakan sebelum memberi kelulusan.

8. Untuk penyimpanan di gudang, kilang yang menghasilkan produk mestilah menyediakan kenyataan bertulis berkaitan suhu dan keperluan penting berkaitan cara penyimpanan produk untuk memastikan ia tidak rosak. Fasiliti gudang mestilah menepati syarat cara simpan yang telah dinyatakan.

9. Berikut antara dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran BPOM:

  1. CFS dari negara asal.
  2. Senarai bahan yang digunakan termasuk tarikh luput.
  3. HACCP.
  4. COA produk.
  5. COA raw material.
  6. Informasi dalam packaging.
  7. Penerangan tentang kod produk.
  8. Surat perlantikan.
  9. Sijil halal.
  10. Sijil GMP kilang.

Selebihnya bergantung kepada penilaian dan keperluan tertentu oleh pihak BPOM sendiri. Kerana setiap produk mempunyai peraturan & penilaian yang berbeza.

Secara purata, proses ini mengambil masa antara 6 bulan hingga 2 tahun. Paling cepat boleh dapat dalam 3 – 6 bulan jika tiada sebarang masalah.

Ramai yang gagal mendapatkan kelulusan BPOM ini kerana tidak faham bagaimana proses penilaian dibuat.

Apabila mereka upah konsultan/ejen, banyak isu timbul kerana dokumen tidak lengkap, konsultan/ejen buat kerja separuh jalan atau memang sudah tertipu dari awal.